Thursday 9 June 2011

Apa Itu Cinta?

Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

- Saidina Umar Ibnul Khattab -

Saturday 26 March 2011

JANGAN TELAN PANADOL

SEBUAH KISAH BENAR....   Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepal...a, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.     Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.   Alternative Treatment ( Tips ) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.   Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.     Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.   p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.??    Lihat seterusnya..
Oleh: Nazz Jba

AKU SAYANG KAMU

Aku sayang kamu..
pertama kali terpandang..
seakan ada tarikan magnet yang menarik
aku tak tahu kuasa apakah itu
tapi yang pasti kamu bisa buat
denyut nafasku bagaikan terhenti
kehidupanku ceria selalu…
hanya karena ku pahat wajahmu dalam mindaku

memang ku akui
aku memang sukar untuk meluahkan rasa
bahkan merona segan melakar bicara rindu
melafazkan kata-kata cinta
tapi dengan kamu segalanya ingin
aku muntahkan apa yang terpendam
agar kau bisa mengerti..

Aku sayang kamu..
walau tanpa tanda noktah yang pasti
tanpa talian perhubungan hati
aku senang begini..
biar rasa rindu dan tertanya-tanya itu
bisa buat hati kita jadi dekat selalu
karena Kuasa itu lebih mengetahui segalanya..

Aku memang sayang kamu..
namun aku lebih menyayangi diriku sendiri
karena aku takut rasa sayang yang melampau padamu
bisa buat aku melukai diriku..
bisa meruntuhkan kekuatan yang kembali ku pertahankan.
dan aku paling takut andai tiba-tiba kamu hilang.. seperti mereka
jadi biarlah yang tersirat dan tersurat itu
ku genggam erat dalam lipatan hati
andai ada restu Ilahi pastikan jadi milik ku..

Kamu yang aku sayang, ku akan doakan yang terbaik buat mu..
Aku yang selalu merindukanmu
Aku sayang kamu.. :*

Tuesday 8 March 2011


Ini adalah anak-anakku yang tercinta. Anak sulungku bernama MUHAMMAD HAIKAL HAKIMI, lahir pada 05.10.2002, yang ke-2 NURAIN BATRISYIA, lahir pada 08.10.2004 dan yang bongsu NURIN BATRISYIA, lahir pada 14.11.2008

JASAMU DIKENANG

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 'mentor' saya En Noorhisham dr SK Bangi kerana banyak menolong saya dalam menghasilkan blog ini tanpa sebarang rungutan walaupun saya banyak bertanya kepadanya...maklum la buta IT... Walaupun kami berjauhan tetapi beliau tetap tidak jemu mengajar saya belajar sesuatu....Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu... "Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya insan baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan....". "Terima kasih daun keladi, kalau boleh ajarlah lagi...."

Sunday 6 March 2011

PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010  dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai kalangan remaja lepasan SPM 2010 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?

Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti.

Keputusan peperiksaan SPM 2010 akan keluar tidak lama lagi.Mesti para pelajar lepasan SPM 2010 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2010 nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadi apakata sebelum mereka mendapat keputusan SPM 2010 nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkan diri mereka dengan maklumat-maklumat terkini mengenai peluang kerjaya.

Mereka juga mesti tertanya-tanya bagaimana nak memohon kerjaya atau peluang pengajian? Prosedur permohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan  apa kata anda baca sedikit mengenai pemilihan kursus pengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat yang bakal diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka utamanya pelajar lepasan SPM dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM 2010 kelak.


PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

Setelah menerima keputusan SPM nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM memilih jalan kehidupan yang seterusnya. Hal ini akan  memfokuskan kepada proses pemilihan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif utama  kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk mengikuti kursus yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajar khasnya ibu bapa. Restu itu penting untuk para pelajar kerana mereka akan sentiasa mendapat keberkatan dalam hidup.

Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang berkaitan.

Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus, risalah, majalah,buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI serta sumber-sumber yang lain.

Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus atau kerjaya yang ingin diikuti? Adakah ia kejuruteraan, perubatan, perakaunan, ekonomi, sains atau sebagainya? Secara umumnya jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang pelajar itu.

Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri pelajar setelah berjaya melaksanakannya.

Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet serta buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.

Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.

Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti. Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.

Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

Jadi untuk anda pelajar lepasan SPM 2010 khususnya,aspek ini perlu diberikan penekanan dahulu iaitu mengenali dan memahami ciri-ciri utama dalam pemilihan kerjaya.






MENGENALI DAN MEMAHAMI CIRI-CIRI UTAMA DALAM PEMILIHAN KERJAYA

    Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH
    Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga
    Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
    Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan
    Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.


Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips lagi yang terdapat, tetapi saya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya. Keputusan SPM 2010 bakal keluar dan kita akan berjumpa lagi untuk bertanya mengenai keputusan SPM pelajar-pelajar kita nanti.


Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini? Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com

http://lepasanspm.com/index.php?ref=ayangIna

Sekian dari saya,
- Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh
Admin www.LepasanSPM.com